Monday, August 17, 2009

Surau Al-Ikhwan Mula Digunakan

Pada tarikh 25 Syaaban 1430H bersamaan dengan 16 Ogos 2009 telah mencatat sejarah bagi ahli khariah Desa Pinggiran Putra dimana Surau Al-Ikhwan yang mula dibangunkan pada bulan Februrai 2009 telah mula digunakan untuk aktiviti keagamaan. Bermula dengan Solat Maghrib, Kuliah Agama Mingguan oleh Ustaz Saim dan diikuti dengan Solat Isyak.


Gotong Royong Pra-Ramadhan

Satu program gotong royong untuk membersihkan ruang utama solat, ruang solat wanita, ruang makan dan persekitaran Surau Al-Ikhwan yang baru telah diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2009 (Sabtu dan Ahad.) Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakan dari khariah dan anggota-anggota bomba dari Cawangan Balai Bomba Cyberjaya. Pihak Jawatankuasa surau mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan. Hasil dari gotong royong ini , maka secara rasmi Surau Al-Ikhwan digunakan bagi menjalankan aktiviti keagamaan khususnya pada bulan Ramadhan nanti.

Pembangunan Surau

Friday, August 14, 2009

Lawatan YB Yaakub Sapari

Pada 14 Ogos 2009 YB Yaakub Sapari (Exco Selangor) telah melawat tapak pembinaan Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra selama kira-kira 30 minit untuk membuat tinjauan dan perkembangan pembinaan surau.

Saturday, June 20, 2009

Pemasangan Kerangka Bumbung

Kerja-kerja penyediaan kerangka bumbung telah dimulakan pada 12 Jun 2009 manakala pemasangan kerangka bumbung tersebut telah mula dijalankan pada 20 Jun 2009.

Kemajuan Pembinaan Surau Al-Ikhwan

1. Pembinaan struktur utama telah siap dibina manakala keseluruhan telah memasuki 60%. Kerja-kerja yang sedang dilaksanakan sekarang ialah pembinaan kerangka bumbung dan seterusnya memasang atap genting. Kerja-kerja melepa dinding juga akan dijalankan dalam masa terdekat.

Sunday, May 17, 2009

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana anjuran Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra telah diadakan pada 17 Mei 2009 bermula jam 8.15 pagi. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Riadah Berkumpulan, sarapan pagi, gotong royong sekitar kawasan Surau Al-Ikhwan dan Banglo Fasa 2 dan jamuan makan tengahari.. Hampir 100 orang telah hadir dalam gotong royong ini. Pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini.


Tuesday, May 5, 2009

Kemajuan Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra

Sehingga ke hari ini fasa pembangunan surau telah memasuki 60% struktur bangunan dan 40% keseluruhan. Kerja-kerja yang dijalankan banyak memerlukan kepakaran tenaga mahir. Walaubagaimanapun gotong royong masih dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Semakin lama semakin ramai ahli-ahli kariah yang melibatkan diri dalam gotong royong tersebut. Pihak Jawatankuasa Pembinaan Surau Al-Ikhwan mengucapkan jutaan terima kasih kerana pengorbanan masa dan tenaga yang telah diberikan.

Minggu ke - 13 (5 Mei 2009)



Minggu ke - 11



Wednesday, February 25, 2009

Gotong Royong Minggu Ke 3

Masuk minggu ke 3 pembangunan surau Al-Ikhwan, nampaknya semua berjalan lancar. Orang-orang kuat semua berkerja keras untuk memastikan semua berjalan lancar.

Dibawah ialah gambar yang sempat dirakam bagi minggu ini.

Tuesday, February 17, 2009

Minggu Ke 2

Minggu ni dah masuk minggu ke 2 projek Surau Al-Ikhwan. Macam biasa penduduk DPP beramai-ramai keluar bergotong royong.

Hari Sabtu - Masih lagi potong besi dan ikat besi. Sekarang semua dah pakar bab-bab potong, bengkok & ikat besi.

Hari Ahad - Hari paling istimewa dimana "Upacara Pecah Tanah". Maka datang lah back-hoe yang diundang untuk memecahkan tanah. Dimulakan dengan doa, semoga projek Surau Al-Ikhwan berjalan lancar dan moga-moga mendapat rahmat dari Allah s.w.t "Amin"

Nikmati la gambar yang sempat dirakam utk minggu ke 2.

P/S Ada yang komplen cakap gambar dia asyik yg tengah makan je, so minggu ni saya tak upload gambar tengah istirehat.

Wednesday, February 11, 2009

Tukang Besi

Hari kedua dan ketiga maka bermulalah bab potong besi...maka ramai yang semuanya urat dawai & tulang besi menunjukkan kehandalan dalam pemotongan dan membengkokkan besi.

Nikmati lah ketekunan tukang besi

P/S: Hari ni jugak berlaku kemalangan kecil-kecilan

Saturday, February 7, 2009

Gotong Royong Hari Pertama

Dibawah ialah gambar yang sempat dirakamkan semasa hari pertama gotong royong pembinaan surau Al-Ikhwan, Desa Pinggiran Putra.

Dengan diketuai oleh Project Manager, Hj Ibrahim.




Bermulanya Pembinaan Surau Al-Ikhwan

Hari ini bermula lah aktiviti pembangunan surau kekal Al-Ikhwan secara gotong royong oleh penduduk setempat.