Monday, August 17, 2009

Surau Al-Ikhwan Mula Digunakan

Pada tarikh 25 Syaaban 1430H bersamaan dengan 16 Ogos 2009 telah mencatat sejarah bagi ahli khariah Desa Pinggiran Putra dimana Surau Al-Ikhwan yang mula dibangunkan pada bulan Februrai 2009 telah mula digunakan untuk aktiviti keagamaan. Bermula dengan Solat Maghrib, Kuliah Agama Mingguan oleh Ustaz Saim dan diikuti dengan Solat Isyak.


Gotong Royong Pra-Ramadhan

Satu program gotong royong untuk membersihkan ruang utama solat, ruang solat wanita, ruang makan dan persekitaran Surau Al-Ikhwan yang baru telah diadakan pada 15 dan 16 Ogos 2009 (Sabtu dan Ahad.) Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakan dari khariah dan anggota-anggota bomba dari Cawangan Balai Bomba Cyberjaya. Pihak Jawatankuasa surau mengucapkan jutaan terima kasih diatas kerjasama yang telah diberikan. Hasil dari gotong royong ini , maka secara rasmi Surau Al-Ikhwan digunakan bagi menjalankan aktiviti keagamaan khususnya pada bulan Ramadhan nanti.

Pembangunan Surau

Friday, August 14, 2009

Lawatan YB Yaakub Sapari

Pada 14 Ogos 2009 YB Yaakub Sapari (Exco Selangor) telah melawat tapak pembinaan Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra selama kira-kira 30 minit untuk membuat tinjauan dan perkembangan pembinaan surau.

Saturday, June 20, 2009

Pemasangan Kerangka Bumbung

Kerja-kerja penyediaan kerangka bumbung telah dimulakan pada 12 Jun 2009 manakala pemasangan kerangka bumbung tersebut telah mula dijalankan pada 20 Jun 2009.

Kemajuan Pembinaan Surau Al-Ikhwan

1. Pembinaan struktur utama telah siap dibina manakala keseluruhan telah memasuki 60%. Kerja-kerja yang sedang dilaksanakan sekarang ialah pembinaan kerangka bumbung dan seterusnya memasang atap genting. Kerja-kerja melepa dinding juga akan dijalankan dalam masa terdekat.

Sunday, May 17, 2009

Gotong Royong Perdana

Gotong Royong Perdana anjuran Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama Surau Al-Ikhwan Desa Pinggiran Putra telah diadakan pada 17 Mei 2009 bermula jam 8.15 pagi. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Riadah Berkumpulan, sarapan pagi, gotong royong sekitar kawasan Surau Al-Ikhwan dan Banglo Fasa 2 dan jamuan makan tengahari.. Hampir 100 orang telah hadir dalam gotong royong ini. Pihak surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini.